Saturday, August 2, 2008

Salam Pengenalan dari Hamba Yang Hina

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Rasulullah saw, manusia agung penunjuk jalan kehidupan yang benar dan hakiki. Salam perjuangan kepada sahabat yang berdiri kukuh dalam jalan menegakkan Islam di bumi ini.

Hari ini saya belajar membina lama blog daripada Seminar Bloggers PAS Melaka, dengan penuh semangat untuk menjadikan blog sebagai bahan berkongsi maklumat dan memperkasa agenda 'berpesan-pesan di atas kebenaran dan kesabaran'.

Semoga laman blog ini diberkati Allah, dan diterima sebagai sebahagian daripada mata rantai jihad untuk menobatkan Islam dimukabumi ini. Ya Allah, terimalah ia sebagai amalan yang soleh dan berilah kekuatan kepada hambaMu yang serba kekurangan ini, jadikan mata blog ini setajam mata pedang yang merintis dijalanMu, bukalah minda pembacanya supaya terkesan mereka untuk menuju jalan yang lurus kepadaMu.

1 comment:

mek chabang4 said...

takan memperkenalkan diri sahaja tuan haji,mana artikel nak dipresentationkan,kata dah pergi seminar blogger,takan taada benda nak dceritakan,jangan beri malu blogger lain yang hadiri seminar pada hari ahad yang lepas.