Tuesday, August 5, 2008

Menarilah wahai polis di Melaka

Gambar ini cukup mengecewakan saya.. Kenapalah polis wanita yang lengkap seragam menutup aurat boleh diarah menari-nari dihadapan pelancong-pelancong sebegitu rupa. Lagi pula gambar ini saya ambil daripada blog Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Inikah ajaran Negara Islam Hadhari? Di mana maruah polis-polis wanita Islam yang mengoyang-goyang tubuhnya khas untuk tanyangan khalayak ramai itu? Tersengih besar sang pelancong melihat wanita-wanita Islam yang bertudung litup ini, dengan penuh disiplin melenggok-lenggok badan mereka menari ala Hindustan. Hanya terdapat di Malaysia.. Malaysia Boleh..!!! Malangnya jadi Polis di Malaysia, anda boleh disuruh buat apa sahaja.. walaupun hingga ke tahap merendahkan martabat diri dan keperibadian Islam.

Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka cukup berbangga dengan acara tersebut. Dalam blognya, penuh pujian kepada polis-polis tersebut. Sekali lagi malang kepada rakyat Melaka, mempunyai Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka yang berpemikiran sedemikian. Katanya, acara joget tersebut akan menyebabkan pelancong merasa lebih selamat....... http://www.mohdalirustam.com/

Apakah Melaka semakin selamat untuk dilawati? Sedarkah kita bahawa indeks kadar jenayah di Melaka adalah melebihi dari indeks kadar jenayah negara? Sudah lah begitu, polis pula disibukkan dengan aktiviti joget lambak. Cuba lihat link ini sebagai satu muhasabah... http://dapmalaysia.org/english/2007/july07/bul/bul3347.htm

Wahai penjenayah diluar sana, takutlah kamu kepada polis-polis wanita yang menari ala dangdut ini..........

3 comments:

mek chabang4 said...

sesekali lepas gian apalah salahnya,pakaian kira tutup aurat,itu dikira satu senaman juga,lagunya pulak lagu poco poco bukan lagu goyang inul.

si lembik's said...

nasib baik polis pelancung..kalo polis pencegah jenayah menari poco2, aku balun sampai terkeluar biji mata dia.....

Ibnu Mohyeddin said...

ala bro .. diorang tu kan hadhari .. nama pun islam hadhari .. ada lebih kurang islam jahili gak .. nak kata bangang .. ada akal tapi .. apa pun nak pesan kat semua " LU PIKIR LAH SENDIRI "