Saturday, August 1, 2009
1 Ogos - lagi sejarah rakyat tercipta
Tanggal 1 Ogos 2009 bakal dikenang sebagai satu hari kebangkitan rakyat terhadap kerajaan zalim BN menentang Akta zalim ISA. Bila roda berputar, pakatan rakyat akan memegang tampuk pemerintahan, hari 1 Ogos akan termaktub dalam 'Hari Ini Dalam Sejarah'. Kekejian kerajaan Malaysia menzalimi rakyat sendiri akan dikenang zaman berzaman, sepertimana kerajaan PolPot di Kampuchea seketika dulu.
Najib Razak akan dikenal sebagai Perdana Menteri pemukul rakyat. Dunia juga dipaparkan dengan wajah sebenar pihak polis dan FRU Malaysia. Betapa jauhnya standard pihak keselamatan Malaysia, berbanding negara lain diseluruh dunia.
Malang sungguh Malaysia berkerajaan seperti ini. Kerajaan yang tiada integriti dan pencabul hak asasi manusia. Umpama menembak kaki sendiri, kerajaan yang menentang rakyat sendiri, pasti akan tersungkur....
Thursday, July 30, 2009
ADUN Permatang Pasir Meninggal Dunia
Seorang lagi ADUN PAS, YB Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 60, ADUN Permatang Pasir, Pulau Pinang kembali ke rahmatullah pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN). Beliau dikatakan telah dirawat di IJN sejak seminggu lalu telah meninggal dunia subuh hari ini.
Beliau merupakan ADUN tunggal PAS di Pulau Pinang selepas PR 2008, dan telah menjadi ADUN di Permatang Pasir selama 3 penggal berturut-turut. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang di antara 1989 hingga 2003.
http://ybhamdan.blogspot.com/
Pemergian beliau bakal menyaksikan satu lagi Pilihanraya Kecil berlaku di Parlimen Permatang Pauh. Adakah BN akan menyertai PRK kali ini, sama-sama kita nantikan.
DNA : Teoh tidak bunuh diri
Semalam inkues berhubung kematian Teoh Beng Hock diberitahu bahawa ada satu sampel DNA milik lelaki yang tidak dikenali ditemui di bahagian belakang pakaian dan tali pinggang mendiang.Ini membuktikan bahawa pemilik DNA berkenaan besar kemungkinan terlibat dalam proses ‘kejatuhan’ Teoh dari Bangunan SPRM.
Hal ini menimbulkan pelbagai teori tentang kemungkinan-kemungkinan cara Teoh jatuh.
Antaranya, satu sampel DNA asing ditemui menunjukkan besar kemungkinan Teoh telah mati atau pengsan sebelum dijatuhkan daripada tingkat 14 tersebut. Jika tidak, tentunya mendiang akan meronta-ronta yang memerlukan tenaga beberapa individu untuk menolaknya keluar. Kedudukan DNA di talipinggang dan belakang baju sepadan dengan kedudukan tangan seseorang untuk mengangkat dan menolak Teoh daripada tingkap.
Kehadiran DNA tersebut juga menolak dakwaan yang mengatakan Teoh membunuh diri, kerana tindakan tersebut akan hanya boleh dilakukan Teoh jika beliau berada dalam keadaan bersendirian.
Yang menjadi tanda tanya sekarang, mampukah pihak penyiasat membuktikan pemilik DNA tersebut, atau ia akan jadi DNA misteri seperti kes Norrita Samsuddin?
Monday, July 27, 2009
UMNO sudah ANGAU..
http://malaysiakini.com/news/109354
Tak siapa yang ingin nak 'meminang' UMNO yang penuh najis rasuah dan politik kotor tu.. Dalam UMNO, baik dari bawah sampai kepada pemimpin teratas, dipenuhi dengan manusia lidah bercabang. Kalah ular sawa kalau bab putar belit.. http://malaysiakini.com/news/109332
Keadaan UMNO yang tengah 'gila meroyan' nak berpadu dengan PAS sekarang ini, membuktikan beberapa perkara.
Pertama : UMNO telah kehilangan sokongan orang Melayu. Bukan alang kepalang jumlah sokongan orang Melayu yang terhakis daripada UMNO. Pengkhianatan UMNO terhadap bangsa sendiri telah banyak terbongkar. Golongan muda Melayu telah lama menyisih daripada UMNO. Lihat saja Pemuda UMNO hanya dibintangi oleh golongan elit dan berkepentingan sahaja. Kalau nak ada perhimpunan, terpaksa upah geng motor atau pelajar PLKN untuk meramaikan.
http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=5980
Kedua : UMNO telah kehilangan sokongan orang bukan Melayu. Sokongan MCA, MIC dan Gerakan semakin menipis. Parti-parti bukan Melayu sudah mula mencari tempat berteduh yang baru. Kesediaan Pemuda Gerakan menyimpangi UMNO untuk menyertai perhimpunan Mansuh ISA, menunjukkan ketuanan UMNO sudah hilang taringnya. Keputusan beberapa pilihanraya kecil jelas menunjukkan sokongan bukan Melayu terhadap Pakatan Rakyat sangat padu.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17178&Itemid=50
Ketiga : Persefahaman Pakatan Rakyat atas dasar keadilan semua kaum cukup serasi dan diterima rakyat dengan baik. Pelbagai usaha dibuat UMNO untuk melumpuhkan gabungan ini, namun semakin dirungkai, semakin padu pula ikatannya. Formula politik berfahaman bangsa ala BN pula semakin lapuk di makan zaman. Idea bergabung dengan PAS adalah antara usaha-usaha terakhir untuk menyelamatkan UMNO yang sedang nyawa-nyawa ikan.
Ternyata UMNO sudah kehilangan paksinya. UMNO sudah ditinggalkan rakan-rakan yang selama ini menumpang tuah kemegahannya. UMNO sudah ditinggalkan oleh bangsanya sendiri. Kini menunggu tumbukan TKO daripada Pakatan Rakyat untuk tumbang menyembah bumi. Masanya sudah semakin hampir...
H1N1 - Sudah 7 pengajian tinggi di Melaka ditutup sementara
Tidak dapat dipastikan sama ada, apabila pusat-pusat pengajian tinggi ini dibuka semula, tiada lagi kes seumpamanya akan berulang. Dan sekiranya masih ada jangkitan berlaku di institusi yang sama selepas ini, adakah pihak pengurusan akan terus menutup lagi premis berkenaan. Setakat ini seramai 10,000 pelajar telah terkesan dalam penutupan pusat-pusat pengajian tersebut.
Kenapalah selsema babi ini cepat sangat merebak di Melaka. Mungkin cuaca di Melaka sangat sesuai dengan apa saja kegiatan berkaitan babi agaknya...
Sunday, July 26, 2009
Himpunan Mansuhkan ISA - Bakal catat sejarah..
Buat pertama kalinya himpunan besar-besaran rakyat Malaysia dibenarkan kerajaan supaya bertembung. Apakah matlamat pihak berkuasa terhadap pertembungan ini? Difahamkan Pewaris telah mendapat permit untuk berhimpunan di kotaraya Kuala Lumpur, di tempat dan masa yang sama Gerakan Mansuh ISA (GMI) menganjurkan himpunan 100 ribu rakyat menentang ISA.
Cukup mengujakan untuk kita lihat bagaimana tindakan FRU dalam menangani pengamal-pengamal pencak silat yang dijanjikan Pewaris sebagai ahli mereka yang bakal hadir. Bila Ibrahim Ali meramalkan berlaku huru-hara, tiada pula Ketua Polis Kuala Lumpur mengugut supaya rakyat jangan hadir seperti himpunan Bersih lalu.
Sekali lagi Unit Amal bakal menggadai keselamatan diri untuk memastikan perhimpunan berlangsung dengan lancar dan baik. Ya.. himpunan kali ini bakal catat satu sejarah.. Marilah kita menjadi sebahagian darinya...
Friday, October 24, 2008
Nilai Seorang Datuk di Melaka
Anugerah Datuk sudah tidak mengira soal akhlak dan moral, siapa saja layak menjadi Datuk kalau boleh mendatangkan 'fulus'. Seolahnya tiada lagi manusia yang lebih layak dan lebih berjasa di bumi Melaka ini untuk diberikan Datuk. Patutnya, Melaka ditukarkan namanya daripada Melaka Bandar Bersejarah kepada Melaka Bandar Berhibur. Lihat betapa subur sumber-sumber hiburan di Melaka. Marilah bermalam di Melaka Raya - syurga kepada bangsa yang ingin berlibur hingga ke pagi. Asal 'cukai' dibayar mengikut harga dan masa, bebaslah ia tanpa gangguan pihak berkuasa - baik pihak Majlis Tempatan mahupun Majlis Agama Islam. Dulu pernah juga dicadangkan negeri Melaka yang sekangkang kera ini, mewujudkan kawasan ala 'Hollywood', khas untuk artis-artis berkediaman.
Bumi Melaka ini bukan tempat bagimu wahai Allahyarham Sarjan (B) Yusof Rono. Mandian darahmu sebagai Pahlawan Bukit Kepong tidak diiktiraf di negeri Melaka ini. Sejarah orang asing di Melaka lebih penting dipromosi untuk menarik pelancong, bukan sejarahmu melawan komunis itu. Cukuplah status datuk untukmu bagi cucu-cucu keturunanmu, kerana Melaka tidak melihat perjuanganmu penting selayak mana Shah Rukh Khan dalam memperjuang joget dan gelek dipentas hiburan.