Monday, July 27, 2009

UMNO sudah ANGAU..

Malang sungguh nasib UMNO.. Kebelakangan ini asyik meracau-racau sebut nak 'kahwin' dengan PAS. Lain yang dikata, lain yang UMNO sebut. Asyik 'berangan' ada orang yang teringin nak pinang dia...
http://malaysiakini.com/news/109354

Tak siapa yang ingin nak 'meminang' UMNO yang penuh najis rasuah dan politik kotor tu.. Dalam UMNO, baik dari bawah sampai kepada pemimpin teratas, dipenuhi dengan manusia lidah bercabang. Kalah ular sawa kalau bab putar belit.. http://malaysiakini.com/news/109332

Keadaan UMNO yang tengah 'gila meroyan' nak berpadu dengan PAS sekarang ini, membuktikan beberapa perkara.

Pertama : UMNO telah kehilangan sokongan orang Melayu. Bukan alang kepalang jumlah sokongan orang Melayu yang terhakis daripada UMNO. Pengkhianatan UMNO terhadap bangsa sendiri telah banyak terbongkar. Golongan muda Melayu telah lama menyisih daripada UMNO. Lihat saja Pemuda UMNO hanya dibintangi oleh golongan elit dan berkepentingan sahaja. Kalau nak ada perhimpunan, terpaksa upah geng motor atau pelajar PLKN untuk meramaikan.
http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=5980

Kedua : UMNO telah kehilangan sokongan orang bukan Melayu. Sokongan MCA, MIC dan Gerakan semakin menipis. Parti-parti bukan Melayu sudah mula mencari tempat berteduh yang baru. Kesediaan Pemuda Gerakan menyimpangi UMNO untuk menyertai perhimpunan Mansuh ISA, menunjukkan ketuanan UMNO sudah hilang taringnya. Keputusan beberapa pilihanraya kecil jelas menunjukkan sokongan bukan Melayu terhadap Pakatan Rakyat sangat padu.
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17178&Itemid=50

Ketiga : Persefahaman Pakatan Rakyat atas dasar keadilan semua kaum cukup serasi dan diterima rakyat dengan baik. Pelbagai usaha dibuat UMNO untuk melumpuhkan gabungan ini, namun semakin dirungkai, semakin padu pula ikatannya. Formula politik berfahaman bangsa ala BN pula semakin lapuk di makan zaman. Idea bergabung dengan PAS adalah antara usaha-usaha terakhir untuk menyelamatkan UMNO yang sedang nyawa-nyawa ikan.

Ternyata UMNO sudah kehilangan paksinya. UMNO sudah ditinggalkan rakan-rakan yang selama ini menumpang tuah kemegahannya. UMNO sudah ditinggalkan oleh bangsanya sendiri. Kini menunggu tumbukan TKO daripada Pakatan Rakyat untuk tumbang menyembah bumi. Masanya sudah semakin hampir...

No comments: